Sunday, January 30, 2011

Musibah banjir-audiovisual

Salam pembaca budiman. Penulis terjumpa paparan menarik ini dari laman facebook teman penulis yang diambil beliau dari laman youtube. Bingkisan ringkas kali ini ditujukan kepada mereka yang ingin melihat susana sebenar bencana banjir besar yang melanda kota metropolitan Brisbane bolehlah meluangkan sedikit masa anda melihat paparan video ini. "Floating in the Flood". Klik sini

Monday, January 17, 2011

Inland tsunami-post 11/1/2011

Salam pembaca budiman. Hampir seminggu berlalu kejadian banjir kilat melanda kawasan tanah tinggi berdekatan tempat tinggal penulis. Hujan yang berterusan selama 3-4 hari tanpa henti mengundang malapetaka buat peduduk tanah tinggi serta mereka yang mendiami dikaki tanah tinggi tersebut. Toowoomba telah mengalami banjir yang amat dasyat yang mana air mengalir deras tanpa henti. Merodok segala apa yang terbentang dilaluannya. Hanya mata yang mampu melihat. Kotak suara seakan terkunci rapat. Bungkam melihat ujian dari Ilahi.

Lihat kesan air banjir menutupi ruangan parking kereta yang tingginya 2.1 meter

Perabot yang musnah ditenggelami air dilonggokkan ditepi jalan untuk dikutip oleh majlis bandaran

Usai menguji penduduk di tanah tinggi Toowoomba, deruan air deras 7 meter tingginya turun bertamu dipenempatan Grantham. Tanpa sebarang amaran dari pihak berwajib, hampir keseluruhan mukim yang terletak dikaki tanah tinggi tersebut musnah dihanyutkan oleh banjir lumpur. Penduduk-penduduk sekitar mukim Gatton juga diarahkan berpindah dengan serta merta memandangkan hanya 5 km jauh yang memisahkan antara dua mukim tersebut. Syukur limpahan air banjir tersebut tidak melanda Gatton Bumi Permai kerana terdapat sungai yang luas dan agak dalam yang menjadi penampan air banjir dari memasuki penempatan penulis dan sekitarnya.

Lagi barangan peralatan rumah yang musnah

Masih sempat berjenaka meminta elektrik disambung supaya dapat main PS3

Deruan air banjir meneruskan perjalanan menuju ke sungai Brisbane. Cukup isipadu muatan sungai tersebut, lalu melimpahlah segala lebihan-lebihan air sungai membanjiri kawasan penempatan sekitar tebing sungai tersebut. Tidak cukup kawasan penempatan, limpahan air sungai turut sama membanjiri pusat bandar. Natijahnya, bandar Brisbane dan kawasan sekitarnya terpaksa bergelap selama 2-3 hari kesan dari banjir tersebut. Metropolitan ini menjadi lengang. Tiada lagi kelibat kelompok kolar putih berpusu-pusu kesana kemari melewati lot-lot bangunan yang maha tingginya. Ya..kota metro ini dilanda bencana. Moga-moga mereka semua tabah menghadapi ujian dari Ilahi ini.

Sunday, January 9, 2011

Shipping barang peribadi

Salam pembaca budiman. Hampir 3 tahun setengah berpijak dibumi asing ini tentunya memberikan sejuta pengalaman buat penulis. Peluang berkelana ditanah asing ini memberikan kesempatan buat penulis sekeluarga untuk membeli beberapa peralatan kegunaan harian yang sememangnya agak murah berbanding ditanah air. Barangan milik peribadi ini kebanyakannya terdiri daripada barangan mainan si kecil, juga beberapa kotak yang terdiri daripada buku-buku ilmiah penulis dan alatan memasak milik isteri. Penghantaran kali ini dibuat dengan menggunakan kontena yang telah disewa oleh rakan-rakan di Brisbane.

Kontena yang boleh memuatkan sebanyak 33 unit yang berukuran 1 meter persegi/unit disewa dan unitnya dibahagikan sesama pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian dalam tempoh terdekat. Penulis hanya membeli 3 unit untuk penghantaran kali ini. Moga-moga semua barangan selamat sampai ke Pelabuhan Klang tanpa sebarang komplikasi urusan kastam. Selalunya, setiap pelajar yang akan menamatkan pengajian disini akan dibekalkan surat tamat pengajian oleh Malaysian Student Department yang beribupejabat di Sydney. Surat tamat pengajian itu sangat penting bagi pengecualian cukai atas barangan peribadi milik pelajar.
Kalau tiada surat sedemikian, makanya ramai penuntut malaysia diluar negara hanya pulang dengan bilangan bagasi yang sama ketika meeka mula menjejakkan kaki di tanah asing. Hehehehee

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru semua..terlambat wish daaa..

Salam pembaca budiman. Harap semua berada ditahap kesihatan yang terbaik hendaknya. Seraya ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru buat pembaca budiman walaupun sudah 4 hari melewati tarikh yang sepatutnya. Heheheee.. Semoga tahun ini membawa sejuta keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah! Azam tahun baru? errr...tahun lepas punya pun tak sempat nak berazam..hahahaha.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Salam pembaca budiman. Pastinya kita semua sedia maklum akan kemenangan skuad bolasepak muda negara menjulang piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2. Pasti juga malam tadi rating penonton yang menonton siaran langsung tersebut disiaran milik Kerajaan Malaysia mencecah jutaan penonton. Kedai-kedai mamak pastinya menayangkan perlawanan tersebut dipaparan skrin besar.


Barisan sebelas pemain utama skuad Harimau Malaya (dipetik dari Google Image)

Bersama piala kejohanan (dipetik dari Google Image)

Bagi mereka yang tidak mendapat menonton siaran tersebut, sudah tentu perasaan hampa terbit dari sanubari. Semangat berkobar-kobar ingin menyokong pasukan kebangsaan pastinya luput begitu saja kerana kemudahan siaran yang terhad ditanah air sahaja. Mujur setelah puas mencuba, penulis berjaya jumpa siaran langsung tersebut disiarkan melalui satu laman web yang menyiarkan siaran langsung sukan secara percuma. Walaupun setelah hampir 50 minit perlawanan berlangsung baru dapat ditonton, penulis berpuas hati dapat menyaksikan sendiri baki perlawanan tersebut. Walaupun pergerakan tersekat-sekat kerana kelajuan internet yang agakt erbatas, namun semua itu tidak menjadi penghalang buat penulis sekeluarga untuk sama-sama bersorak setelah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil dari Australia. Alhamdulillah! Tahniah sekali lagi skuad Harimau Malaya!

Tuesday, December 28, 2010

Minggu yang suram

Salam pembaca budiman. Beberapa hari ini langit yang dijunjung kelihatan suram. Bungkam tanpa sinaran mentari. Cuma renjisan hujan turun tanpa hentinya. Natijahnya, sudah tentu bah sini sana menenggelamkan kawasan yang rendah datarannya. Susur sungai yang dahulunya kontang, kini mula dipenuhi air yang banyak. Umpama jeram lajunya, kesan dari bukaan empangan yang tak terdaya menampung takungannya.

Hari Natal disambut secara sederhana bagi kebanyakan penduduk di Gatton Bumi Permai ini. Aktiviti luaran tidak dapat dilakukan kerana matahari agak malu menunjukkah gah nya. Nampaknya cuti umum beberapa hari ini terpaksa dihabiskan dengan duduk dirumah sahaja. Menonton siaran dikaca televisyen mungkin dapat melupakan kebosanan yang ada. Huaaarrrrghhhh...menguap lah pulak. Sejuk-sejuk ni tidur lagi bagus...Heheheheee..Syukur musim panas tahun ini tidak terlalu panas seperti tahun lalu. Jimat kerana tak perlu memasang penghawa dingin seperti sebelumnya. Heheheheee..

Wednesday, December 15, 2010

Ketinggalan keretapi...



Ye..saya tahu saya ketinggalan...
Cerita ni dah nak dipaparkan dilayar perak,
namun baru kelmarin dapat menonton drama ini hingga habis.
Best jugak ye....hahahahaa.